Monday, October 7, 2013

FROM. BEAST, TO. B2UTY (LETTERS FROM 'HOW TO LOVE' MV)

I just want restore this letter in my blog.. I was part of B2UTY-ies too.. peace!!! ^.^

FROM. BEAST, TO. B2UTY (LETTERS FROM 'HOW TO LOVE' MV)



Doojoon: Hello! B2uties. This is Beast's Doojoon. 5 weeks passed by so quickly. Really. It was a time. With a lot of talks and a lot of problems!! Thanks to you guys every single day was fun and joyful! Singing on a broadcast show after a year was unfamiliar. And I think it was even more unfamiliar because so many hoobae singers have debuted. Amidst this ever changing environment, because I feel that we and you all haven't changed, it was a really. Prideful promotion period. From now on. Very often. We will release albums and be together with you guys for an even longer time. It was a short 5 weeks where. I've realized a lot. And learned new things. Everyone! Even if you're disappointed. Trust us and wait for us for a little bit longer! I dare to make this request! More than anything. Take care of your health. I am always sorry. And thankful. I love you. ♥

Hyunseung: Hello B2uties...!! It's Hyunseung~ This short time where I was able to feel how precious you are and how thankful we are to you, I won't forget it~ It's taking up one page of my mind once again~. 2013 July and August. I hope that the memories from July and August 2013 were beautiful and happy for you guys. Like it was for me!!^.^ I will work hard so that I match up to your cheers and voices~!! I'm always thankful~ Let's make good memories again from September to December!~ I love you~!! Wow~!!

Junhyung: Hello, it's Junhyung. The promotions for HLHL have come to an end. We started this with a huge burden on us but thanks to the huge amount of love from our B2uties, it was a promotion that became a good memory. From now on we will repay you with songs that are cooler and good to listen to. And performances too. I love you. Peace~!

Yoseob: Hello? This is Yang Yoseob who is rumored to have the worst handwriting. Ah.. The fact that I'm writing this as our promotions come to an end, is really sad and a pity and disappointing. I wanted to promote for a little longer T_T. During our short promotion period, I feel like we received a lot of love so I am feeling very good!! Having to ask you once again to wait for us is really.. I feel so sorry T_T But I don't think we'll have any serious hiatuses from now on!! We have to quickly come out with a new song in order for us to keep that promise, right!! ♥ We will come back cooler, after having practiced a lot more, and after having improved a lot more!! Thank you for making such great memories with us during this short time!! I love you. -Beast's Yang Yoseob who's rumored to have the worst handwriting-

Gikwang: Hi!! It's Gikwang!! Good to see you ^_^!! I don't know how long it's been since I've written a handwritten letter like this to someone ~_~ Haha but that's why I think it's a letter that has more meaning to it! ㅎ_ㅎ Anyway! As much as you've waited for this album, I feel like we've received so much love that I feel that we were always happy during this promotion!! We've really felt how much our B2uties have waited for us!! The words that Beast really wouldn't exist without B2uties! Although I've said it in a joking way, those are words that really have my sincerity in them more than anything ^_^! Because we had our B2uties, this promotion was really fun and I feel like I was able to be happy until the end!!_!! So that you don't wait long for the albums that are to come, we'll prepare them as quickly as possible and come back even cooler so until then don't cheat on us and only look at us! Thank you and I love you ^_^ ♥

Dongwoon: To B2uty ♥ Hi~ It's me ^_^ We promoted with a new album after a year.. It was a time where we prepared zealously, anticipated a lot, and worried a lot.. We were happy that much as well and we've also had a lot of regrets. From now on, so that you can see our faces more often, we will prepare more quickly and come back so don't be too sad and look at us nicely :D Some people love us and some people hate us but we will work harder so that people can come to love our music. I believe the word 'limit' is something that you yourself makes. Everyone! Please look over us as we have to move up more. Please walk that path with us.. I am always thankful ♥

Saturday, October 5, 2013

Last birthday as a TEEN member

Assalamualaikum. Hello. Annyeong. Sawadikap.
Morning people.. as you know today is 5 October 2013 and just 2 month left for the new years.. and now I almost finish semester 3 weyhh.. Wish me luck ;) And.. I want the whole world know that a weeks ago I had celebrated my birthday yang ke-19.. aku rasa not a celebrate.. just memperingati je.. mana taknya.. Final Fever kot.. Memang tak lah kan nak enjoy berlebih-lebihan ni.. huuuu..When I said about my birthday.. I though that my mom didn’t remember my birthday because when she texted me at the morning.. she just ask me.. dah makan ke? Buat apa? Kind of sad that time.. huu.. petang sikit kot dia baru wish.. mesti kes tak ingat ni.. sobsobsob.. Siapalah diriku sekarang? Mentang-mentang la aku duduk jauh and jarang gila balik rumah.

I thank her for the wish dgn nada merajuk sikit and jokingly reply :

Me : tak lama lagi ummi boleh dapat menantu dah.. hahaha
My mom : dah ada calon ke?
Me : xdeeee.. hahaha.. xsempat nak cari.. busy busy.. hahaha..
My mom : belajar la dulu..
Me : belajar la ni.. kalau tak,, xde nama kat UiTM nihh.. hahaha.. kakak cakap xlama lagi.. bukan skrg maaaa..
My mom : ok..


let's jump to our main topic.. panjang bebenor introductionnya.. kalau boring.. please click close ok..

KAHWIN.. KAHWIN.. KAHWIN..

topic ni agaklah popular.. aku dan kawan-kawan pun kalau bercakap akan masuk jugak bab ni.. hahaha.. bila kita tengok balik.. kahwin muda menjadi trend zaman sekarang.. bukan setakat peringkat umur aku je bahkan yang baru lepas UPSR pun dah ada yang sudah mendirikan rumahtangga.. dan menjadi satu masalah juga apabila kahwin muda.. yelah.. tengok kawan dah kahwin.. kita pun gatal jugak nak kahwin.. dalam keadaan ini akan menyebabkan kekecewaan yang besar berlaku.. kononnya boleh jadi sesweet cerita Vanila Coklat sebab kahwin muda..

' I love you , you love me , let's married ' dapat anak cucu.. then happily ever after.. macam tu ke korang fikir? semudah itu? EHHH.. Wake up from your day dreaming la.. let's me say something.. Kahwin itu memang mudah tapi anda kena ingat juga tanggungjawabnya sangatlah besar.. apa korang fikir dengan hanya cinta boleh kenyang ke? bukan nak jadi materialistic tapi kenyataan.. selepas berkahwin.. banyak perbelanjaan yang perlu.. takkan la lepas kahwin nak harap parents lagi kan? kalau macam tu.. apa bezanya masa single dan lepas kahwin kan? at least kalau ada ijazah pun.. Insyaallah cukup untuk keperluan asas.. bagaimana pula dengan kehendak? itu pulak kena fikir banyak kali nak spend.. apatah lagi kita yang masih student.. memang outlah..

bagi aku, kalau nak kahwin ni kenalah ada persediaan yang lengkap - harta, pendidikan, kerja tetap, mental, fizikal dan yang paling penting sekali ialah rohan iaitu agama.. agama merupakan satu ukuran yang penting dalam Islam dalam mencari isteri/suami.. korang mesti tahu kan.. tak payah la aku nak explain panjang kat sini.. kang sampai 10 page tak habis.. heee..

buat masa sekarang, aku cuma perlu focus dalam pelajaran dan aktiviti aku sebagai remaja agar aku tak menyesal kemudian hari.. tipulah kalau aku cakap aku tak teringin nak kahwin tapi biar lah mencukupi persediaannya, dalam keadaan diredhai dan lelaki yang sesuai.. buat apa kita tergesa-gesa semata2 sebab cemburukan orang lain.. kalau boleh kahwin biar la sekali dan berkekalan till Jannah.. aminnn.. Insyaallah sampai jodoh nanti.. sampai la jugak kad undangan..

Saturday, June 23, 2012

my life at UiTM Kuala Terengganu

hallu hallu..
finally aku boleh update blog.. huhuhu.. so.. how are you? amacam duduk dekat Terengganu sana? best tak? how's life?

ramai tanya aku soalan macam tu.. and believe it or not.. i can't believe it that i can survive here :) wow!! that's really amazing.. bayangkan.. aku mana pernah duduk asrama.. tapi i can survive.. nak je aku jerit dekat someone yang selalu memperlekehkan aku yang aku tak boleh tinggal berjauhan daripada parents aku.. biar dia tahu yang aku tak seperti yang dia sangka.. geram aku.. ok.. forget about that..

asrama or known as kolej.. aku suka persekitaran dia.. kira macam tak jauh beza dengan suasana rumah aku.. yang bezanya.. rumah aku ada swimming pool.. kat sini tak ada.. hohohoho.. macam riak je bunyinya bila duduk dalam bilik.. nyaman je rasa.. biasa lah.. angin aura pantai la katakan.. beberapa kilometer daripada kampus and kolej ni ada pantai.. tapi setakat ni tak berpeluang lagi nak pergi pantai tu.. so sad :'(

kampus dekat sini kecik je.. yelah.. kalau nak dibandingkan dengan UiTM Shah Alam memang jauh lah.. tapi kira bersyukur sangat sebab kampus dengan kolej beberapa tapak je.. kalau lambat still boleh lari lagi.. hehehehe.. lagi satu.. tak payah nak spend money for pengangkutan nak pergi kampus.. kan ada kelebihan tu..

dalam post yang lepas aku ada mention about my course right? Diploma In Business Studies or Diploma Pengajian Perniagaan.. kalau kat sini orang sebut BM111.. dan aku telah ditempatkan dalam Group C.. seriously aku cakap ramai yang jeles bila tengok jadual aku yang kebanyakan kelas petang.. heee.. setakat ni buku-buku tak ada lah mahal mana pun.. yang paling mahal dictionary untuk BEL RM55..

kat sini tempat yang boleh shopping yang popular kat sini ialah Mydin and Giant.. memang tak best lah aku cakap.. susah la aku nak shopping dekat sini.. huu.. kedai buku yang popular kat sini is Pustaka Seri Intan.. setakat ni yang aku dengar tak ada MPH and Popular.. bila aku tengok daripada segi tu.. alahai.. tak boleh nak lepas gian untuk shopping la..


first week is for MDS or Minggu Destini Siswa.. bila aku ingat balik.. memang seksa lah minggu tu.. dengan tidur tak cukup.. kena rushing sana.. rushing sini.. argh!! penat gila kot.. tapi nasib baik lah semua kakak-kakak and abang-abang OC baik2 je semua walaupun asyik nak marah-marah.. heee.. kalau nak dibandingkan dengan kawan aku yang kampus dekat Jengka sana.. siap kena denda bagai lagi.. kira bersyukur la aku.. hee.. makanan masa minggu tu pun terjaga tapi kena beratur , berebut dan kena cepat.. kira minggu tu memang kena banyak-banyakkan bersabar.. finally , masa last minggu tu.. aku rasa tenang sekejap..

second week da start kuliah.. kiranya first week untuk kuliah.. lecturer semua ok dan sweet-sweet belaka.. nak bodek bagi pointer lebih le cikit.. hee.. yang paling aku suka lecturer CTU - ustazah Rubiah.. she is so funny.. :) minggu tu kebanyakan bagi outline about course.. dan pembahagian group..

third week rasa penat gila.. banyak betul program minggu tu.. yang paling aku tak suka hari isnin.. perjumpaan untuk badan beruniform - KESATRIA.. pergh.. aku rasa memang sengsara la rasa.. sebab aku memang tak nak masuk KESATRIA.. kira macam paksa rela la.. firstly aku masuk PALAPES.. tapi bila kau fikir balik.. aku takut tak boleh spend time untuk belajar lagi.. yelah.. aku kan lemah sikit bab pembahagian masa ni.. dan nak tak nak aku kena la masuk KESATRIA.. apalah nasib kan.. dalam week ni.. aku tengok banyak betul expenses aku.. hampir 200++ jugak lah.. cepat je duit habis.. macam air je mengalir je.. sobsobsob..

ok lah.. tu jelah yang aku nak cerita sepanjang duduk dekat sini.. and maybe next week aku akan pergi camping di Sungai Como.. yeahhh... first time camping ni.. rasa excited pun ada.. hohoho..



Thursday, May 31, 2012

Perkahwinan Cik Cinderella

"Opss, opss, excuse me! Tumpang lalu ye... erk... maaf mak cik... erk akak! Hehe," Terkocoh-kocoh dia meloloskan dirinya di celah-celah orang yang sudah mula membanjiri majlis perkahwinan itu. Dia sepatutnya menjadi pengapit kawannya, mujur sempat sampai! Kalau terlambat mahu kena ban friendship mereka selama 15 tahun tu!

Pintu kayu jati dikuak perlahan, takut menganggu tetamu istimewa di dalam yang tengah bersiap. Now dah pukul 11 pagi, sepatutnya dah readylah. Pagi tadi dia dah nikah, tapi buat antara family sahaja. Kebetulan dia sendiri tak dapat nak hadir pagi tu, so mampu hadir sebagai pengapit bertauliah sahaja.

Pandangan mata kedua sahabat itu bertaut. Tersengih-sengih dia memandang keayuan wajah pengantin pada hari ini. Penat berbaur dengan perasaan serba salah sebab tak dapat datang nikah si Anisa pagi tadi. Anisa menjeling manja, saja nak balas dendam!

"Anisa, sorry lah tadi aku memang tak sempat nak sampai. Ni dari KLIA tau aku berkejar datang ke majlis sanding ko! Straight dari Terengganu," Nady cuba meraih simpati. Sekejap saja seulas senyuman mekar di bibir mulus teman baiknya itu.

"Aku saja je nak merajuk dengan ko. Aku faham," Anisa segera merapati Nady dan mereka bersalaman dan berpelukan. Dalam setahun juga mereka tak berjumpa. Sibuk dengan tanggungjawab dan karier masing-masing.

"Ko sorang je? Mana mak andam?" tanya Nady sambil merenung ke segenap ruang bilik Anisa. Kini, bilik Anisa terhias indah sebagai bilik raja sehari. Warna pilihan hati Anisa ialah putih dan gold. Memang dewi kayangan sangat.

"Aku tak perlukan mak andam. Solek simple je."

"Eh? Kan lebih cantik kalau bersolek lebih sikit? Sekali sekala Anisa oi," sampuk Nady.

"Tabarruj kan tu?" Anisa tersenyum manis. Semanis kurma madu gitu. "Sebenarnya, tak baik bersolek lebih-lebih dan berpakaian sehingga menarik perhatian orang. Bermewah-mewah dalam perkahwinan pun, tak digalakkan dalam Islam, betul tak Nady?"

"Er... tabarruj... betul juga kata ko. Aku tak terfikir pulak. Em, kalau sehari je takkan tak boleh?" Nady memandang wajah mulus Anisa. Anisa memang natural beauty. Wajahnya bukanlah Pan Asian, tapi keayuannya terserlah dengan kelembutan semula jadi dalam dirinya. Tak make up tebal, sebenarnya Anisa dah manis dipandang. Sekadar memakai sedikit celak, lip gloss dan bedak di pipi supaya nampak lebih segar.

Anisa tersenyum lagi. Ai, memang murah betul dengan senyuman si Nisa hari ni. Hari kebahagiaan mungkin? getus hati kecil Nady.


"Tabarruj haram. Tiada pengecualian. Aku berharap sangat perkahwinan kami ni dirahmati Allah dan live happily ever after. Ini pun majlis sanding, bukanlah sanding pun, cuma untuk makan-makan nak kabo kitorang dah kahwin. Pelamin tu buat pun untuk korang bergambar," jelas Anisa sambil membetulkan baju kurungnya yang berwarna cream itu. Simple sangat! Cuma baju kurungnya jenis embroidery tapi tak terlalu menonjol. Baju nikah pagi tadi juga, cuma dia menambah veil berwarna keemasan perak di atas kepalanya untuk memberi sedikit kelainan.

"Eh, tak de makan beradab dan photoshoot ke?" Nady mengetap bibirnya. Takkan sempoi sangat! Tak best lah beb.

"Makan beradab...ada. Cuma aku request photographer perempuan. Ambil gambar untuk kenang-kenangan aje. Memang plan dengan Zafran nak buat sederhana je," tambah Anisa.

Nady terdiam. First time dia terdengar pasal photographer perempuan. Bukannya tak ada, tapi selalunya wedding ni, photographer lelaki yang diupah. Jaranglah kalau photographer perempuan tu. Eh, memang tak ada kot sepanjang aku pergi wedding kawan-kawan lain. Semuanya photographer lelaki yang shoot gambar.

"Nisa, meh aku tolong pinkan veil ko ni. Macam senget sikit," pelawa Nady apabila melihat Anisa terkial-kial cuba mencucuk pin di tudungnya supaya veilnya tidak jatuh nanti.

"Nady, aku ada terbaca dulu. Masa tu aku jahil lagi. Pasal isu ambil gambar wedding oleh photographer lelaki. Actually nak ambil gambar untuk simpanan diri, dibolehkan. Kalau untuk tatapan umum, jadi haram. Sebabnya jatuh haram tu apabila aksi-aksi pasangan tu sangat mesra, berpelukan dan segala bagai di depan photographer lelaki. Ada yang duduk atas riba suami, meniarap sama-sama, lepas tu yang shoot gambar tu, lelaki. Aksi tu, sepatutnya lebih sopan dan terjaga. Mungkin orang akan cakap skema....tapi ni agama dah gariskan. Sebab tu untuk selamat, aku ambil photographer perempuan. Lagi pun, pilihan untuk hire photographer perempuan tu ada, dan bergambar bukanlah suatu yang wajib, kita pon bukannya darurat nak guna photographer lelaki," cerita Anisa panjang lebar. Nady ketap bibir. "Aku kongsi apa yang aku tahu, Nady. Harap kau faham."

"Eh, tak de apalah. Aku faham. Apa yang ko cakap tu, really make sense. Mungkin sekarang ni trend menguasai segalanya. Trend mengatasi hukum hakam agama. Bagus juga ko dapat praktikkan dalam perkahwinan ko," jawab Nady dengan perlahan. Dia terfikirkan tunangnya, seorang part time photographer.

"Dah okay ke veil aku tu?" tanya Anisa sambil memandang wajah Nady melalui cermin muka. Termenung pula cik akak ni. Mesti teringatkan tunang dia. Tapi, benda betul aku kena kongsi secara berkias.

"Veil ko dah kemas dah."

"Terima kasih. Cantik ko buat," puji Anisa sambil mencubit pipi Nady. "Termenung ya. Jangan risau. Slow talk boleh, insya-Allah."

Nady mencebik. Uish, minah ni bukan cubit manja. Kuat juga cubitan dia. Terasa geli hatinya, Anisa seakan-akan dapat membaca isi hatinya.

"Anisa, secara jujur aku suka tengok perkahwinan ko ni. Sederhana sangat. Simple dan ...honestly tak de la macam raja sehari tapi masih nampak meriah dengan sanak saudara ko yang happening tu. Aku tengok baju ko pun, cantik tapi so simple! Memang cut cost abes ek??" usik Nady sambil tergelak.

"Amboi mulut. Aha kitorang tengah budget la juga ni. Ni baju wedding mak aku. Cantik lagi kan. Hehe recycle jek."

Tok! Tok!

"Siapa?" tanya Anisa.

"Abang ni."

Anisa memandang Nady. Dia bingkas bangun untuk membuka pintu untuk suaminya.

"Sorry kacau Nisa dengan kawan. Dah ready ke? Jap lagi dah boleh keluar. Terus makan beradab," ujar suami Anisa. Lelaki itu mengangkat tangan pada Nady sebagai tanda 'hai, selamat berkenalan'. Nady menganggukkan kepalanya.


"Oh cepatnye. Tak sedar lak masa. Thanks abang tolong remind Nisa. Kejap lagi Nisa keluar dengan kawan ya. Oh Nady, kenalkan my husband, Zafran Zaki. Abang, kawan Nisa since sekolah rendah ni, Nadiah, boleh panggil Nady."

"Assalamualaikum Nady. Terima kasih selama ni tolong jaga Nisa untuk saya," ucap Zafran Zaki sambil tersenyum.

"Err waalaikumussalam. Hehe, no hal. Dulu dia ni nakal tau. Sekarang aje sopan santun penuh tatasusila. Mungkin lepas jumpa En. Zafran kot," balas Nady. Gagap kejap dia mendengar salam daripada suami Anisa ni. Fuh, tawaduk habis gaya!

"Banyaklah tatasusila! Bang, kejap lagi kita orang keluar ek," Anisa mencelah. Zafran Zaki sekadar mengangguk sambil menunjukkan thumbs up kepada isterinya. Kemudian, dia beredar keluar.

"Eh?? Tak de kompang ke, berarak ke?" soal Nady. Macam habis pelik wedding ini! Itu dan ini tak ada! Eh, jaga ayat ko.

Anisa menggeleng. Gelengan Anisa tu sudah cukup untuk menjelaskan persoalan di hati Nady. Nak kata kagum, entahlah. Nak kata rugi, tak juga. Sebab siapa dia nak judge Anisa. Allah Maha Mengetahui segalanya.

"Minta maaflah wedding aku biasa je Nady. Tak meriah sangat, tak de kompang, karaoke ke apa," ujar Anisa, merendah diri.

"Anisa, it's okay. Cuma aku terkedu kejaplah. Aku macam...wow. Ko betul-betul buat apa yang ko cakap. I mean, good for you. Honestly. Aku doakan wedding ko dirahmati dan diredhai Allah, Nisa. Aku nak sangat tengok ko happy. Bukan senang ko nak jumpa seorang lelaki yang betul-betul ikhlas, kan?" kata Nady sambil memegang bahu Anisa. Hatinya cukup tersentuh dengan kata-kata sahabatnya tadi. Bukan dia nak memperlekehkan. Cuma, culture shock man! Mungkin tahap pendedahannya dalam ilmu agama sangat sangat nipis. Ada certain benda yang Anisa sebut tadi, dia tak pernah tahu.

"Terima kasih ko share dengan aku....ilmu yang bermakna ni. I'll keep it in my mind for my wedding."

"Em, Nady. Terima kasih datang. Sebenarnya tak senang aku dan Zafran untuk yakinkan mak Zafran nak buat wedding simple camni. Kalau ikutkan mak Zafran, dia nak buat grand habis. Sebab Zafrankan anak bongsu lelaki dia sorang aje. Sebenarnya, ni pun idea Zafran juga. Dia berkeras nak buat simple camni. Aku pun, syukur."

"Alhamdulillah. Semoga perkahwinan ko diberkati. Eh jom kita keluar. Tak pasal En. Zafran ko tu kebuluran pulak." Nady menarik Anisa ke muka pintu. Baju dah cantik, muka dah cun, cuma perut aje perlu diisi. Mari!

"Aku tahu, ko bab makan nombor satu. Don't worry, aku dah ready nasik putih untuk ko. Ko kan tak suka makan nasi minyak." Anisa ketawa. Nady mencebik, tetapi hatinya berbunga riang kerana sahabat lamanya masih mengingati makanan allergiknya itu.

Anisa, ku doakan kau bahagia!

Ai~ bila encik tunang nak ajak kahwin ni??



Biodata Penulis
Aisya Azham merupakan seorang penulis dan pelukis komik sambilan. Beliau berkongsi karya di http://penapenamenari.blogspot.com/