Sunday, July 31, 2011

ramadhan tiba lagi :D

esok.. pada 1 ogos 2011.. seluruh umat islam di Malaysia dan negara yang turut berpuasa pada tarikh itu akan berpuasa.. pada bulan puasa ini lah waktu yang sesuai untuk beribadat kepada-Nya..

pada bulan itu juga.. pelbagai detik yang akan ditempoh oleh murid sekolah.. tidak kira pelajar sekolah rendah dan menengah.. bagi murid sekolah rendah.. peperiksaan UPSR bakal menjelang pada bulan september.. pada bulan ogos.. guru dan murid bertungkus lumus untuk membuat persediaan untuk UPSR.. bagi murid sekolah menengah pula.. bagi yang bakal calon PMR akan bertarung untuk peperiksaan percubaan mereka.. dan bagi calon SPM pula.. hee.. guru akan bertungkus lumus untuk menghabiskan sukatan pelajaran yang masih berbaki dan calon SPM akan bertungkus lumus untuk membuat persediaan untuk peperiksaan percubaan pada bulan september..

aku sebagai calon SPM pada tahun ini.. bagi aku pada bulan ogos ni adalah waktu yang tidak boleh main-main dan bersungguh-sungguh belajar.. dan pada bulan ini aku perlu ulangkaji semua yang telah aku tinggalkan.. tahun ini mungkin tiada hari raya bagi aku.. kerana peperiksaan percubaan selepas tamatnya cuti hari raya iaitu pada 5 september.. berdebar naaa.. da lah aku tak berapa bersedia untuk peperiksaan.. huu..

0k lah.. berbalik kepada bulan ramadhan pada esok hari.. aku berharap dapat membuat amal ibadat dengan banyak dan sebaik-baiknya.. manalah tahu kalau ini adalah ramadhan terakhir untuk aku.. ajal dan maut semuanya ditangan-Nya.. aku sebagai hamba-Nya yang hina hanya perlu bersedia..

akhir kata.. selamat berpuasa kepada semua umat islam.. jangan ponteng puasa tau!! banyakkan membuat amal ibadat.. rebutlah ganjaran yang telah dijanjikan-Nya.. :DD

Thursday, July 14, 2011

PLKN 0h PLKN!!

pada musim ini.. ecehh.. memang ramai budak f0rm5 yang berdebar-debar menunggu keputusan PLKN.. begitu jua lah diriku ini.. di sekolah pada minggu ini.. macam-macam ragam apabila mengetahui tentang keputusan tu.. ada yang marah-marah macam datang bulan aje.. ada juga yang happy sebab da dapat.. tp ada jugak yang gedik-gedik x dapat tapi nak.. masalah sungguh.. 0k 0k.. lupa kan pasal ragam tuh.. nak tahu tak keputusan untuk diri aku?? nak tahu?? hee.. kalau da cakap besar je lebih ni.. memang x dapat la kan.. kih3.. suka aku.. sekurang-kurangnya boleh la aku kerja part-time nanti.. cari duit untuk persedian masuk university.. insyaallah.. x pun.. ambil lesen kereta..
dapat la pergi mana-mana tanpa perlu tunggu orang lain.. he3.. tp kan.. si dia yang tercinta dan tersayang dapat la.. harap dia x marah check tanpa izin dia.. yelah.. da tahu numbor ic.. t0l0ng la check sekali.. terlebih rajin.. biasa lah untuk dia semua boleh.. back to topic pasal si dia dapat.. mesti aku akan rindu dekat dia sangat sangat.. ( da pandai da rindu rindu nih ).. 3 bulan tuh.. huu.. tapi sekarang pun susah jugak nak jumpa.. disebabkan faktor masa yang sibuk.. huu.. sabar jew lah.. kepada yang dapat PLKN.. selamat berkhidmat pada tahun depan 0k..