Sunday, July 31, 2011

ramadhan tiba lagi :D

esok.. pada 1 ogos 2011.. seluruh umat islam di Malaysia dan negara yang turut berpuasa pada tarikh itu akan berpuasa.. pada bulan puasa ini lah waktu yang sesuai untuk beribadat kepada-Nya..

pada bulan itu juga.. pelbagai detik yang akan ditempoh oleh murid sekolah.. tidak kira pelajar sekolah rendah dan menengah.. bagi murid sekolah rendah.. peperiksaan UPSR bakal menjelang pada bulan september.. pada bulan ogos.. guru dan murid bertungkus lumus untuk membuat persediaan untuk UPSR.. bagi murid sekolah menengah pula.. bagi yang bakal calon PMR akan bertarung untuk peperiksaan percubaan mereka.. dan bagi calon SPM pula.. hee.. guru akan bertungkus lumus untuk menghabiskan sukatan pelajaran yang masih berbaki dan calon SPM akan bertungkus lumus untuk membuat persediaan untuk peperiksaan percubaan pada bulan september..

aku sebagai calon SPM pada tahun ini.. bagi aku pada bulan ogos ni adalah waktu yang tidak boleh main-main dan bersungguh-sungguh belajar.. dan pada bulan ini aku perlu ulangkaji semua yang telah aku tinggalkan.. tahun ini mungkin tiada hari raya bagi aku.. kerana peperiksaan percubaan selepas tamatnya cuti hari raya iaitu pada 5 september.. berdebar naaa.. da lah aku tak berapa bersedia untuk peperiksaan.. huu..

0k lah.. berbalik kepada bulan ramadhan pada esok hari.. aku berharap dapat membuat amal ibadat dengan banyak dan sebaik-baiknya.. manalah tahu kalau ini adalah ramadhan terakhir untuk aku.. ajal dan maut semuanya ditangan-Nya.. aku sebagai hamba-Nya yang hina hanya perlu bersedia..

akhir kata.. selamat berpuasa kepada semua umat islam.. jangan ponteng puasa tau!! banyakkan membuat amal ibadat.. rebutlah ganjaran yang telah dijanjikan-Nya.. :DD

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.