Tuesday, March 6, 2012

dalam hati ini siapa yang tahu

Ya Rabb…
Semua datangnya dari Engkau dan semua akan kembali kepada Engkau, maka aku serahkan semua rasa ini kepadaMu Ya Rabb… Kuatkanlah aku menghadapi setiap ujian yang Engkau berikan, Ikhlaskanlah hati aku untuk menerima setiap takdir yang Engkau tuliskan kepada aku.
Hanya Engkau Ya Rabb yang mengetahui dengan benar dalamnya hati aku maka aku memohon tuntunlah diri ini untuk tetap berada dalam kebenaranMu Amin Allahumma Amin


kredit: http://akuislam.com/blog/renungan/dalam-hati-siapa-yang-tahu/#ixzz1oKOnG5i6

Sunday, March 4, 2012

❝ℳℰℕDaℳ♭a ℭ¡ℕta Yaℕℊ ℋaℒaℒ daℕ d¡ℛℰdℍa¡..,❞

dalam pantas waktu yang berlalu,
terpendam erat di sudut kalbu,
secebis rasa kasih dan rindu,
mengharap insan datang bertamu,

tidak ku mengharap dia yang sempurna,
kerna kusedar diri ini jua penuh noda,
harapan terlafaz pada Sang Pencipta,
biarlah ikhlas tulus mencinta,

tidak ku pinta mewahnya harta,
tidak ku damba indahnya paras dan rupa,
tidak mengira bagaimanapun dia,
akan kuterima dia apa adanya,

wahai kekasih yang bakal kutemui,
sandarkan cinta pada Sang Illahi,
biarlah aku terus menanti dirimu,
kerna terciptanya aku hanya untukmu,


kredit: http://akuislam.com/blog/perkongsian-artikel/mendamba-cinta-yang-halal-dan-diredhai/#ixzz1o51yeW6p

astaghfirullahhalazimm..

mengucap panjang kejap.. kenapa?? haish.. payah nak cerita but realiti.. bukak2 aje facebook td.. kat news feed keluar gambar one of my friend dipeluk oleh boyfriend.. nak cakap aku jeles?? seribu kali tak la weyhh.. tapi aku merasakan amat menyedihkanlah bila tengok gambar tu.. first , sebab dia kawan aku.. eventhough x rapat tapi still kawan la jugak kan.. second , dia bertudung.. sangat sangat mengecewakan gila.. kalau dia free hair punn.. maybe aku kesah jugak lahh.. reason?? check it out first reason.. yang paling utama.. senang nak cerita lah kan.. dia beragama ISLAM! kalau dia x sama agama dengan aku.. buat apa aku nak kesahkan.. betapa banyaknya keruntuhan akhlak remaja sekarang..

amboi.. cakap macam aku ni baik aje?? wait! aku x cakap pun aku ni baik.. aku pun macam manusia lain jugak.. iman kadang2 naik.. kadang turun.. boleh jadi ia hilang serta merta.. tapi aku rasa bersyukur kerana aku tak pernah lagi melakukan perkara sedemikian.. cuma.. memang aku tipu lah kalau aku x pernah couple and dating.. aku pernah jugak melalui semua itu.. huu..

back to topic.. bila aku tengok gambar tu.. aku x rasa respect punn.. nak kata sweet pun x jugak.. dalam hati aku cuma mengatakan.. astaghfirullahhalazimm.. sebab senang2 je perempuan itu menyerahkan dirinya kepada lelaki itu dalam ikatan yang belum halal lagi.. berpeluk.. menggenggam tangan.. bukankah semua itu dikira berdosa?? kerana bukan mahram kott.. sekarang tengah falling in love lagi.. tapi cuba bila putus nanti?? bukan nak doakan benda buruk.. kalau boleh biarlah ke jinjang pelamin.. or cinta sampai syurga.. means dengan ikatan perkahwinan.. bagaimana nanti dengan bakal suaminya jika bukan si lelaki itu apabila melihat gambar sedemikian??

aku teringat akan kata2 ustazah aku semasa di tingkatan 5.. jika diberi pilihan antara durian yang telah diletakkan dalam satu bekas yang perlu diambil sendiri ataupun durian yang masih segar didalam kulitnya.. manakah satu pilihan anda?? mestilah nak durian yang masih cantik dan molek lagi kan?? begitulah dengan maruah seorang perempuan.. tambahan pula.. ummi aku juga ada mengatakan.. lelaki masa ni semua mood nak enjoy aje tapi bila dia ingin mencari seorang permaisuri hidupnya , dia xakan mencari seperti perempuan yang pernah bersamanya.. memang lah x semua lelaki.. tapi sehakikatnya semua orang ingin mencari yang terbaik untuk diri masing2 kan??

aku mengakui bahawa setiap manusia biasa tidak terlepas daripada melakukan dosa dan kesilapan kerana kita hanyalah manusia biasa.. aku juga tidak lah sempurna.. pada zaman yang penuh mencabar ini banyak halangan dan rintangan yang terpaksa ditempuhi.. aku sentiasa mencuba untuk menasihati diri agar menjaga diri dengan sebaik-baiknya untuk bakal suami aku nanti supaya dia xakan merasa kecewa akan diriku ini.. Insyaallah..

Friday, March 2, 2012

lekakah aku Ya Allah

Aku ibarat pelangi petang ditelan senja
Malapnya aku tiada bermakna... tapi aku terus mencari baki bahagia yang tercicir dikala suka
Supaya tidak ku sunyi diwaktu duka...

Aku terus bertanya
Dimana?? dimana???
Dimana sisa cinta aku
Cinta aku pada dia yang kuasa



Cinta peneman di saat senang dan susah
Baru kusedar cinta tu sudah lama pergi
Aku leka dalam mengejar cinta dunia
Sehingga aku lupa pada pencipta
Lupa pada cinta hakiki



Ya Allah lekakah aku Ya Allah
Adakah peluang utk ku lagi ya pencipta
Peluang utk aku kutip sisa bahagia
Aku terlalu rindu akan bisikan-Mu
Bisikan kebenaran dalam setiap saat kehidupan

aku seorang gadis

Aku gadis bermaruah,
Benci kepada zina,
Benci kerana hina,
Jasad menzahirkan kata,
Batin memendamkan rasa.

Aduhai hati,
Bertahanlah engkau,
Aku seksa menanggung pilu,
Melawan nafsu beraja di hati,
Sabarkan jiwa menanggung sepi,
Dambakan kasih dari dirinya.

Aduhai mata,
Pejamkanlah seketika,
Bersihkan dari memandang mereka,
Lihatlah langit itu,
Masih teguh di situ,
Tahulah kamu akan keEsaan-Nya,
Perit azab kelak menantimu,
Tidak tertanggung oleh sang jiwa.

Aduhai tangan,
Diamlah dalam kocekku,
Jangan bermain di merata-rata,
Jauhkan dari mara bahaya,
Bermainlah pada kebaikan,
Menambah pahala,
Menghiasi jiwa yang gersang.

Aduhai kaki,
Hentikan langkahmu sebentar,
Singgah ke masjid menunaikan kewajiban,
Tahankan kaki dari Syaitan,
Menghasut diri ke lembah kehinaan,
Kaki yang sihat jangan disimpan,
Gunakanlah ia untuk kebaikan.

Duhai jiwa menari-nari,
Senyummu seindah mentari,
Kasihmu di dalam sanubari,
Menjenguk hati nuraini,
Mencintai kasih hakiki.

-Artikel iluvislam.com