Sunday, March 25, 2012

SPM oh SPM

pada 21 mac yang lalu.. semua batch SPM 2011 telah mendapat mereka punya slip keputusan SPM.. yeahh.. semua berdebar menanti hari itu.. ada yang nak pengsan lah.. ada yang rasa nak terjun bangunan sebab takut dapat result yang teruk.. ok honestly.. aku yang rasa camtu.. hahahaha.. tapi pasal nak terjun bangunan tu.. aku just make a joke jekk.. aku cuma rasa.. bukan nak buat betul2.. huuu.. sebelum tiba hari tu.. ramai jugak lah yang suka buat suspen ibarat cerita drama yang belambak kat TV tuh apatah lagi ahli keluarga aku.. macam2 soalan.. antaranya :

" target boleh berapa A ? "

" dah sedia ke nak amik result ? "

" ceee teka.. agak2 lepas dapat result.. bagaimana dengan kakak ? menangis ke gembira? jeng jeng.. "

bertambah lah debaran hatiku.. pergh.. malam sebelum ambil result tuh.. aku dah tak keruan.. rasa tak tenang je hati ni.. buat tu tak betul.. serba tak kena.. kebetulan masa tu aku shift malam.. memang orang lain nampak lah debaran yang aku rasakan..
actually.. ramai cakap dekat aku yang tak ada gunanya nak resaukan pada benda yang kita dah buat.. tak boleh nak ubah balik dah.. :') aku cuma berdoa supaya aku dapat mencapai cita2 aku untuk bergelar seorang akauntan seperti yang diharapkan oleh abah aku..

pada hari nak amik result tuh.. seriously aku cakap.. macam malas je nak pergi sekolah.. jasad kata pergi , hati kata tidak.. konflik tahu.. masa da dekat dengan pintu dewan.. sampai kena tolak dengan kawan aku.. yelah.. kaki aku tak nak jalan.. keras di depan pintu dewan.. dengan bacaan bismillah dan langkah kaki kanan.. aku gagahi jugak.. apa yang nak jadi.. jadilah.. yang aku rasa pada tu.. aku dah kecewakan harapan parents dan cikgu aku.. nak menyesal tak guna.. siapa suruh main2 masa SPM hari tu.. hahahahaha.. then.. aku duduk dihadapan guru kelas aku dengan debaran yang maha hebat.. sampai aku da tak peduli kiri kanan.. memang menggeletar habis la aku cakap.. first aku tengok slip tuh.. aku tengok yang aku cuma dapat 4A je.. rasa macam heart broken gila lah.. aku target 5A kowt.. then kawan aku nak tengok slip aku.. aku bagi jelah dengan perasaan yang pelbagai2.. rupa2nya.. aku salah tengok.. aku dapat 5A lah.. aduhhh.. gabra punya pasal.. tengok pun da tak betul.. masa kawan aku cakap tuh.. aku tengok balik.. yelah 5A.. aku pun menjerit kegembiraan dalam dewan tuh.. BERSYUKUR sangat2.. terima kasih YA ALLAH :) yang paling aku rasa sangat bersyukur bila tengok yang prinsip perakaunan aku A tuh.. walaupun bukan A+ tapi aku rasa happy sangat.. yang paling penting.. parents aku pun gembira dengan result aku walaupun ada kecacatan pada subjek physics dan chemistry.. ALHAMDULLILLAH.. bersyukur sangat2..

Friday, March 9, 2012

surat cinta baik punya



first time baca berbelit la jugak nak memahaminya.. tapi baca leklok baru ambo pahe.. perghh.. kelahh gitu ambo kelih.. nok wak jugok ehh surat gini.. ado hok pahe ko?? keh3.. lupo no oyak ko demo.. ambo ni ore kelate tp duk key eel.. ambo pehe dan bulih kecek kelate.. nok debat dgn ambo guno bahaso nihh?? berehh.. :P

p/s : klik ko gamba nok baco gak.. kalu dok.. sapa bilo2 xleyh nok baco.. ha3.. ( klik pd gambar untuk baca.. sekian.. )

Tuesday, March 6, 2012

nothing to say but i had much to say


dalam hati ini siapa yang tahu

Ya Rabb…
Semua datangnya dari Engkau dan semua akan kembali kepada Engkau, maka aku serahkan semua rasa ini kepadaMu Ya Rabb… Kuatkanlah aku menghadapi setiap ujian yang Engkau berikan, Ikhlaskanlah hati aku untuk menerima setiap takdir yang Engkau tuliskan kepada aku.
Hanya Engkau Ya Rabb yang mengetahui dengan benar dalamnya hati aku maka aku memohon tuntunlah diri ini untuk tetap berada dalam kebenaranMu Amin Allahumma Amin


kredit: http://akuislam.com/blog/renungan/dalam-hati-siapa-yang-tahu/#ixzz1oKOnG5i6