Sunday, December 12, 2010

cerpen ( x tau nak letak tajuk apa)

Natasya merenung ke luar tingkap biliknya.. memerhati keindahan ciptaan-Nya yang tiada tandingannya.. angin petang membelai lembut pipinya.. pokok yang menghijau seolah2 melambai kearahnya megikut aliran angin yang mendamaikan..
-----------------------------------------------------------------------------------

“ asya.. saya harap awak jangan tersalah anggap layanan saya terhadap awak selama ini.. saya hanya anggap awak, tidak lebih hanya sebagai seorang kawan..”

natasya hanya mampu berdiam diri.. menahan air matanya daripada gugur menyembah bumi.. kepalanya hanya dapat melihat rumput yang menghijau seolah2 terdapat beban di kepalanya.. hembusan angin petang di taman itu seolah2 mentertawakannya..

“saya harap awak faham.. saya hanya anggap awak seperti kawan2 perempuan yang lain..”

hazri menuju ke kereta satria neo yang menjadi kebanggaannya.. ‘engkau ni sama bodoh dengan perempuan lain.. aku ayat sikit dah cair.. bodohnya kau.. sebab kau hanya permainan aku.. hahahaha.. yang penting.. aku dapat RM500 sebab berjaya jatuhkan kau ke tangan aku.. hahahaha’ setelah menghidupkan enjin , kereta satria neo terus meninggalkan natasya yang masih berteleku di kerusi batu itu..
setelah hazri meninggalkannya, air matanya gugur menyembah bumi ibarat air terjun yang mengalir tanpa henti.. natasya menangis semahu-mahunya.. dia tidak peduli akan pandangan masyarakat yang lalu lalang disitu asalkan dia dapat meluahkan segala isi hatinya disitu..
------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------
“asya… asya… asya bangun”

natasya tersedar dari tidurnya.. matanya terasa perit.. kesan dari air matanya yang tidak henti2 mengalir setelah kejadian semalam..

“asya.. bangun.. subuh nak habis ni..” kak hani membelai lembut rambut natasya persis seorang ibu mengejutkan anaknya dari tidur..

Natasya bangun dari tidurnya lalu beredar ke bilik air untuk mengambil wudhu dan melemparkan senyuman tawar kepada kak hani, senior yang sebilik dengannya.. setelah selesai mengambil wudhu.. natasya menghamparkan sejadahnya untuk menunaikan solat subuh.. kak hani masih memerhatinya.. setelah selesai menemui Pencipta-Nya.. natasya meletakkan kelengkapan solatnya ditempat biasa.. natasya melihat kak hani masih setia duduk dikatilnya sambil tidak lepas memandang natasya..

“err.. kenapa akak asyik pandang saya dari tadi?” natasya duduk bersila diatas katilnya sambil menghadap kearah kak hani..

“asya.. kenapa dengan mata asya ni?? Asya menangis ke??” natasya menundukkan wajahnya..

“eh.. mana ada asya nangis akak.. asya biasa je..” kak hani memandangnya sayu..

“asya.. akak kenal asya bukan sehari dua..” natasya masih menundukkan wajahnya.. dia tidak mahu kak hani mengetahui apa yang tersirat di dalam hatinya..

“asya sayang.. kalau asya tak mahu cerita dengan akak.. tak pe.. akak faham.. kadang2 asya tidak mahu semua orang tahu apa yang tersirat di hati asya.. tapi.. kalau asya ada masalah.. jangan simpan dalam hati seorang diri.. nanti makan diri.. akak nak nasihatkan dekat adik akak ni supaya sentiasa berdoa kepada yang Maha Esa.. asya kan seorang yang kuat.. jangan lemahkan diri asya.. asya perlu kuat menghadapi segala2nya dengan tabah.. akak sayang adik akak ni”

kak hani memeluk natasya untuk memberikan sedikit semangat kepadanya.. natasya menangis tersedu sedan di bahu kak hani..‘terima kasih akak.. tapi.. maafkan asya.. asya tak mahu bebankan akak dalam masalah asya.. biarlah asya merawat hati asya kerana kebodohan asya sendiri..’

-------------------------------------------------------------------------------------

“ awak dengarlah cakap saya ni.. hazri tu sebenarnya jadikan awak sebagai pertaruhan dia je.. saya dengar segala-galanya dari mulut dia sendiri.. dengarlah cakap saya ni..” natasya masih berdiam diri setelah mendengar kata2 adam, kawan baiknya..

“adam.. asya tahu siapa hazri.. dia sayangkan saya.. takkan lah dia sanggup buat saya macam tu.. lagipun.. dia dah berjanji dengan saya.. dia akan menjadikan saya sebagai isterinya apabila saya habis pengajian nanti.. saya hargai awak sebagai sahabat saya.. tapi.. tolonglah jangan tuduh hazri macam tu.. awak tahukan apa akibatnya memfitnah??”

Natasya tetap mempertahankan hazri, kekasih hatinya yang dikasihinya sepenuh hatinya.. walaupun, sahabat baiknya yang lain sudah memperingatinya.. tapi dia percaya yang hazri tidak seburuk itu..

“asya..”

“sudahlah adam.. kalau awak masih sayangkan saya sebagai sahabat awak.. tolonglah.. saya minta tolong jangan masuk campur hal saya dengan hazri.. saya pergi dulu..” tanpa melengahkan masa, natasya mencapai beg dan buku-bukunya meninggalkan cafeteria..

“asya!!” adam menjerit memanggil natasya.. namun panggilan itu tidak diendahkan.. gadis itu berlalu tanpa menoleh kebelakang lagi..

‘asya.. sebenarnya.. saya sayang awak lebih dari seorang sahabat.. namun.. awak butakan mata awak dan melihat hazri itu yang hanya terbaik untuk awak padahal dia adalah racun untuk awak..’ adam masih berteleku di bangku cafeteria dan berharap agar gadis yang dikasihi itu tabah menghadapi sebarang kemungkinan bersama dengan hazri..

------------------------------------------------------------------------------------

‘huh.. adam.. apa yang awak tahu.. saya amat menyayangi hazri.. dia adalah segala-galanya bagi saya.. dialah cinta pertama saya.. awak takkan faham, adam..’

“hoi, perempuan!” langkah natasya menjadi perlahan apabila seseorang menjerkahnya..

“eh.. dah berapa kali aku cakap dekat kau.. kau ni tak faham bahasa melayu ke??” natasya masih terkebil-kebil apabila hana tiba2 menjerkahnya.. natasya hanya mendiamkan diri..

“kau ni bisu ke apa?? Huh.. kau ni memang suka buang masa aku.. kau dengar apa yang aku cakap ni baik2.. aku nak kau jauhkan diri dari hazri.. dia tu milik aku.. kau cermin lah diri kau tu.. layak ke kau nak bersama dengan hazri.. eh.. kau jangan mimpi la.. dia tu hanya nak main2 kan kau je..” hana menunjal-nunjal kepala natasya.. dia amat meluat akan natasya yang dianggap sebagai perampas hazri..

“kau ingat apa yang aku cakap ni.. kalau tidak.. siap kau..” hana menolak natasya sehingga natasya terduduk di koridor asramanya.. buku2 nya berselerakkan.. dia hanya dapat menangis disitu.. pelajar yang lalu lalang di situ hanya memandangnya..

“asya.. kenapa ni??” aslinda mengutip semua buku2 natasya yang berselerakkan tadi..

“asya.. jom balik ke bilik kau..” natasya hanya mengikuti langkah linda yang menuju ke biliknya.. dia hanya dapat menunudukkan wajahnya kerana malu akan drama sebabaknya dengan hana tadi..

“asya.. aku dah cakap.. kau tinggalkan je hazri tu.. dia bukannya yang terbaik untuk kau.. dah berapa kali aku cakap.. kenapa kau degil sangat?”
Aslinda berasa amat bengang terhadap kawannya ini.. dia tidak tahu bagaimana hendak menyakinkan natasya yang hazri itu bukanlah lelaki yang baik.. namun atas nama sahabat.. dia tetap bersabar.. dia tak mahu sahabatnya ini kecewa suatu hari nanti..

“lin, kau takkan faham.. aku sayang sangat dekat hazri.. dia dah berjanji dengan aku yang dia akan kahwin dengan aku.. dia tak sayangkan hana seperti dia sayang aku.. kenapa semua orang tak faham aku?” linangan air mata membasahi pipi natasya.. dia berasa amat pilu dan sedih ketika ini..

“aku tak faham?? Sebenarnya kau yang tak faham dengan diri kau sendiri.. mana perginya diri kau yang aku kenal sejak dibangku sekolah lagi.. aku seolah-olah tak kenal lagi sahabat baik aku yang aku kenali selama ini.. kau dah berubah, natasya.. kau berubah kerana seorang lelaki yang belum tentu mencintai kau.. aku tak kenal lagi natasya yang pernah aku kenal dulu.. kau dah berubah..”

aslinda beredar dari bilik itu lalu menghempas pintu bilik itu dengan kasar.. natasya hanya menangis terinjut-injut.. semua sahabat2 nya menjauhkan diri darinya setelah segala nasihat yang diberikan kepada dirinya hanya bagai mencurah air ke daun keladi.. namun cintanya terhadap hazri mengatasi segala2nya..

-------------------------------------------------------------------------------------

“sayang, kenapa ni?? U nangis ke??” hazri dihujung talian masih menunggu butir bicara daripada natasya yang masih membisu..

‘hish.. perempuan ni suka buang masa aku lah.. setakat kau nak bisu sampai esok pagi.. baik aku letak je..’

“sayang?? Are u there?? Hello??” hazri berkira2 mahu meletakkan ganggang telefonnya, natasya bersuara..

“yeah.. im here.. honey.. u tahu tak?? Semua kawan2 I memburukkan u.. diorang kata u hanya main2kan I je.. u sayang I kan??”

“sayang… I love u so much, my dear.. u lah satu2 nya dihati i.. u pun sendiri tahu kan.. lepas u convo je.. I akan melamar u as my wife.. u ingat kan??” natasya hanya senyum senang hati.. hatinya berbunga2 riang selepas mendengar pengakuan dari hazri..

“I love u too, honey.. u janji kan??”

“yes, my darling.. I swear.. u tak payah la dengar cakap2 kawan u tu.. diorang sebenarnya dengkikan u.. u are the only sunshine in my life..”

semangat natasya yang hampir hilang akibat dipulaukan oleh sahabatnya pulih dalam sekelip mata.. biarlah dia kehilangan sahabatnya asalkan dia tetap berada di samping hazri yang sering membuaikan perasaannya.. dia tidak mahu kehilangan hazri yang dicintainya sepenuh hati..

-------------------------------------------------------------------------------------

“hoi, bro!” hazri yang sedang leka melihat gelagat2 manusia dalam kelab malam itu tersentak akibat tepukan dibahunya..

“hoi.. ish.. korang ni.. nasib baik aku tak mati sakit jantung dekat sini” hazri menyatakan perasaan tidak puas hatinya kepada Daniel dan Zachary apabila disergah begitu..

“ala.. relaks la bro..” ujar Daniel sambil menepuk bahu hazri..

“apa lah kau Daniel.. kalau dia mati.. siapa nak kahwin dengan natasya nanti..” Zachary dan Daniel ketawa berdekah2 apabila kenyataan sebegitu keluar dari mulut Zachary..

“kalau aku masih hidup pun.. aku tak mahu lah kahwin dengan dia.. dia tu cuma anak patung aku je..” kali ini hazri turut sama ketawa bersama Daniel dan Zachary..

“macamana kau dengan budak tu?? Gerenti ke kau boleh menang ni?? Kau ingat.. kau cuma tinggal seminggu je sebelum kau kecewakan budak tu..” pertanyaan Zachary membuatkan hazri berhenti dari ketawanya..

“eh, bro.. aq gerenti menang lah.. ni hazri la.. tak pernah kalah.. budak tu senang je jatuh ke tangan aku.. kacang je.. tapi.. korang kena tepati janjilah.. nanti RM 500.. aku punya..” hazri menyambung semula ketawanya..

“no problem la bro.. eh.. Zachary.. isha dengan elda lah.. jom2.. hazri.. gua chow dulu..” Daniel beredar setelah terlihat isha dan elda melintasi depannya..

“good luck bro.. aku chow dulu..” Zachary mengikuti langkah Daniel dan meninggalkan hazri keseorangan ..

Air syaitan dihadapannya diteguk rakus.. air itu seolah2 memberi ketenangan kepada hazri.. tiba2.. ingatannya terfikirkan natasya.. dia mengakui yang dia juga menyimpan perasaan kepada natasya namun ditepis perasaan itu.. akibat dendamnya terhadap mamanya yang telah meninggalkannya bersama papa dan abangnya ketika dia masih berusia 3 tahun.. mamanya meninggalkannya kerana mengikut lelaki lain yang lebih berharta ketika papanya mempunyai masalah kewangan ketika itu..

‘argh.. semua perempuan sama je.. semuanya dekat dengan aku kerana harta.. kerana harta..’ air dihadapannya diteguk lagi buat sekian kali..

“sayang..” tiba2 pinggang hazri dirangkul dari belakang..

“jom kita dance” hazri bangun mengikut langkah hani ke tengah pentas menari dan menari bagaikan dunia ini miliknya dan seolah masa itu berhenti..

-------------------------------------------------------------------------------------

Natasya berjalan menyusuri kedai2 di Jusco.. dia berasa amat tenang kerana telah habis menjawab kertas peperiksaan yang terakhir untuk semester yang terakhir.. selepas ini dia akan melangkah ke alam pekerjaan.. sungguh cepat masa berlalu.. tiba2.. dia teringatkan hazri.. hazri yang amat dicintai dahulu.. dia teringatkan janji2 manis hazri.. namun segala2nya telah berakhir 6 bulan yang lalu.. dia hanya pasrah.. namun dia tidak pernah membenci hazri.. dia masih memaafkan hazri dan berdoa agar dia kembali ke pangkal jalan..

dia melangkah kearah taman yang terdapat di luar pusat membeli belah itu.. dia ingin menikmati udara segar setelah penat menjelajah ke dalam pusat membeli belah itu.. tiba2 matanya terpandang akan figura manusia yang tidak asing dari penglihatannya.. hazri bersama perempuan yang berpakaian agak terdedah itu hanya di pandang sepi.. dia malas untuk melemahkan hatinya buat sekian kalinya..

“aduhai.. asya.. penat aku cari kau.. dekat sini rupanya..” aslinda datang menghampiri natasya lalu duduk di sebelahnya..

“mana adam?? Kau bukan dengan dia ke tadi??” natasya mencari2 adam.. aslinda hanya tersenyum simpul melihat temannya ini..

“alah.. kau ni.. takkan tak jumpa dia seminit.. dah tercari2?? Hehehehe..”
aslinda hanya ketawa melihat perubahan muka natasya yang sudah kemerahan.. dia tahu yang adam amat menyayangi sahabatnya ini.. aslinda amat terkilan kerana aslinda turut menaruh hati kepada adam .. namun atas kerana sahabat.. dia sanggup melepaskan adam kepada natasya.. dia tak mahu melihat sahabatnya ini kecewa lagi setelah kecewa dengan hazri..

“asya.. kau suka adam ke??”

aslinda cuba untuk menebak perasaan sahabatnya ini.. natasya hanya berdiam diri.. natasya perlu memberi jawapan kepada adam tentang perasaan adam terhadapnya.. dia mengakui.. adam amat mengambil berat terhadapnya.. adam lah yang telah memberikan semangat terhadapnya ketika dia kecewa bersama hazri dulu.. dia merasakan hatinya amat tertarik kepada adam.. namun.. dia perlukan masa.. tapi.. dia juga tidak menafikan yang dia juga mempunyai perasaan terhadap adam..

-------------------------------------------------------------------------------------

lamunan natasya terhenti apabila terdengar tangisan bayi.. dia menuju ke katil bayi untuk menghentikan tangisan bayinya..

“ala sayang mama ni.. kenapa sayang?? Dah2.. jangan nangis ye sayang.. anak mama ni kan baik..” dia mengendong alisya sambil menepuk2 lembut.. natasya melihat jam di dinding.. 5.33 petang..

“patutlah anak mama ni menangis.. rupa2nya lapar ye.. ok2 sayang..” natasya duduk di sofa di dalam biliknya untuk menyusukan alisya..

Dia mengusap pipi alisya dengan lembut.. wajahnya mirip papanya, adam.. lelaki yang telah dikahwininya setahun yang lalu.. dia tidak menyangka yang dia telah berkahwin dengan sahabat baiknya yang selalu menemaninya ketika susah dan senang.. namun dia juga amat berterima kasih kepada Allah yang telah memberikannya seorang suami yang baik.. dia juga bersyukur kerana mempunyai sahabat seperti aslinda.. aslinda yang menyakinkan dia untuk memilih adam.. aslinda kini sedang menyambung pengajiannya ke peringkat yang lebih tinggi di Kanada.. dia amat merindui temannya itu yang kini berhubung melalui e-mail.. dia juga bakal melangsungkan perkahwinan dengan seorang rakyat malaysia yang dikenalinya di Kanada.. tiba2 fikirannya teringatkan hazri.. terakhir kali dia berjumpa dengan hazri ketika majlis akad nikahnya.. selepas itu, dia tidak pernah lagi berjumpa dengan hazri.. adam memberitahu bahawa hazri kini menetap di Australia untuk mengembangkan perniagaan keluarganya.. dia juga mendengar khabar bahawa dia akan berkahwin dengan rakyat Australia.. natasya hanya mendoakan agar hazri berbahagia sehingga akhir hayatnya..

“alisya!!” lamunannya mati apabila terdengar suara adam..

“shush.. alisya baru je tidur..” adam hanya tersengih..

“yelah mama.. rindunya kat alisya..” pipi alisya yang montel itu diciumnya..

“dekat mama dia tak rindu ke??”

“rindu a lot la..” pipi natasya pula diciumnya..

“ish.. pergilah mandi dulu.. busuk lah..” natasya menutup hidungnya..

“yelah.. papa pergi mandi dulu..” adam berlalu dari sofa dengan sengihan dan
mencapai tuala di penyangkut tuala lalu beredar ke bilik air..

Natasya hanya mengeleng2 melihat gelagat suaminya itu.. dia meletakkan alisya di katil bayinya.. dia berasa amat bahagia bila melihat wajah puterinya itu.. dia turut berdoa dalam hatinya supaya kebahagian ini berkekalan sampai bila2 sehingga hembusan nafasnya yang terakhir…

-------------------------------------------------------------------TAMAT--------------------------------------------------------------

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.