Tuesday, March 1, 2011

japan - malaysia

hari nie.. sk0la aq ada mengadakan pr0gram pertukaran pelajar dengan pelajar dari jepun.. hepi sgt dpt jmpe d0wg.. setelah mendapat surat mereka januari lalu.. di sk0la aq mmg akan ada acara sebegini setiap tahun pada bulan mac.. yg akan terlibat ialah pelajar tingkatan 2 dan 5.. setiap pelajar akan mendapat se0rang rakan jepun untuk membimbing mereka mengenali tradisi malaysia dan mereka memberi tahu serba sedikit tentang negara d0wg jgak..

td.. swktu dak2 jepun masuk untuk mengambil tempat duduk.. sume muka excited aje.. yelah.. dpt jmpe kawan jepun lar ktekn.. sementara nk tunggu VIP ms0k.. kt0wg search dulu partner kt0wg.. dan partner jepun aq s0 cute.. mmg kt0wg da tahu nama berdasarkan surat yg telah kt0wg terima.. tp bl0m dpt mengenali muka dia wlp0wn dia da add aq kat faceb0ok.. mmg mse tu riuh sekampung lar dlm dewan tu.. duk amik2 gambar lar.. duk b0rak2 lar.. mmg excited gler jmpe d0wg.. semasa acara rasmi dimulakan.. terpaksa lar kn dengar ucapan dari pengetua sk0la aq n sk0la jepun tuh.. dan gak wakil pelajar untuk kedua2 sk0la.. selain tu.. kt0wg telah melihat tarian jepun.. err.. aq x sure apa tajuk nyer.. huu.. selain tu jgak.. dak2 sk0la aq ada gak wat persembahan spt dikir barat dan tarian yg melambangkn malaysia iaitu tarian melayu, cina dan india.. dak2 sk0la kt0wg nieyh mmg excited ble tg0k tarian india.. mungkin sbb tarian dan lagu yang rancak daripada tarian lain k0wt.. ha3.. setelah berakhir nyer persembahan.. setiap gr0up akan pergi ke kelas yg telah disediakan.. yeah!! ini lah mse yg ditunggu2..

smp je di kelas tu.. masing2 mencari partner and yg mne da jmpe ngan partner kat dlm dewan td senang la ckit.. huu.. ms0k jew.. kt0wg da start bergmbr dan berb0rak.. ha3.. biasa larh en excited gler.. pastu kami dihidangkn makanan antaranya kerepek pisang, kek twiggist and air mineral.. ha3.. kt0wg pun memperkenalkn makanan tu.. then selepas tu.. aktiviti yg mesti kt0wg ajar dak jepun ialah bermain teng2.. ble tg0k d0wg main teng2 nmpk cute sgt.. seterusnya.. sesi pertukaran hadiah.. huu.. aq dpt sapu tgn gmbr bunga sakura dan getah rambut.. cute sangat2!!!! tp x taw lar dia ske x hadiah yg aq bg.. i h0pe she like it.. mse amat mencemburui kami.. dia perlu mengikuti aktiviti seterusnya sebelum mereka pulang ke jepun.. mmg mse tu cm x nk bg jew d0wg blek sbb bru rse skjp jew bersama d0wg.. tp nk wat cne.. sewaktu mereka nk pulang.. ucapan say0nara di berikan.. harap kami dpt berjumpa lagi suatu hari nanti.. Insyaallah..

bg aq.. pr0gram ini memberikan aq satu kenangan yg cukup manis dan tidak akan aq lpe kn smp bila2.. dan aq berharap dpt berjumpa dia lg.. aq jge berharap agar dpt pergi ke jepun suatu hari nanti.. Insyaallah..

Sunday, February 27, 2011

kursus kepimpinan

semalam.. 26/2.. skola aq ada mengadakn kursus untuk ajk yg tertinggi.. ecehh.. tertinggi tu.. iaitu pengerusi , naib pengerusi , setiausaha.. x perlu lah aq memberi tahu apa yg aq pegang.. tp yg pasti.. aq telah dipaksa untuk menghadiri kursus tuh.. yelah.. dengar aje nme KURSUS uh mesti la rse malas gler.. nk kne dgr 0wg lain duk bercakap aje.. huh.. pasal dipaksa plak.. cikgu ugut kt0wg ntuk menghadiri kursus uh.. klu kt0wg x dtg.. sijil x akan diberikn dan jawatan akan dilucutkan.. wargh.. gler tu.. tahun nieyh da larh tahun penting untuk nk kumpul markah k0ko segala.. yelah.. tahun depan nak masuk university kn.. Insyaallah klu dpt keputusan yg membanggakan.. memerlukan 10% markah k0ko untuk masuk ke university.. nak x nak.. kne la pergi jugak.. dengan berat hati nak bangun tidur.. hari sabtu lar kata kan.. dalam minggu tu da lah exam.. mmg x cukup tid0 lar kn..

back t0 t0pic.. aq mse hari sabtu mmg berat hati gler nk bangun tidur.. tp aq tabahkn hati untuk bangun tidur.. pada hari tu.. sampai2 je kat sk0la.. mmg aq x sangka yg susah nak datang p0wn datang pd hari tu.. yelah.. semua nyer nk dpt sijil untuk jawatan yang dipegang dan x mahu dilucutkn jawatan dan untuk markah k0ko.. huu.. tp yg pasti semua merungut sebab kena bangun awal..

lepas kt0wg da j0in n sertai aktiviti yg ada dalam kursus tu.. mmg kt0wg berpuas hati dan x menyesal sbb k0rbankn tidur yg lena pd hari sabtu tu.. dengan fasilitator( x taw la bt0l ke x eja ) yg best and semp0i aje.. dengan aktiviti yg best antara nyer kne nyanyi lagu telur.. ha3.. sumpa klaka k0wt.. aq dgn geng2 aq da tergelak2 cm 0wg histeria aje.. da lar duduk belakang sekali.. mmg sah la fasilitat0r ada kat belakang kt0wg.. tp nasib baik la dia tu sp0rting.. klu x.. mmg kne bantai sbb gelak mcm 0wg histeria.. lps tu.. kne wat aktiviti radi0 buruk ngan segi tiga bermuda.. aktiviti yg memerlukan kerjasama antara ahli kumpulan.. dan yg pasti gr0up aq menang untuk aktiviti radi0 buruk tu.. yeah!!! dan gr0up yang kalah tu kena wat chicken dance.. ha9.. klaka2.. dan kt0wg gak blaja untuk menguruskan 0rganisai dan membuat d0kumen.. mmg kursus tu da mengajarkn kami untuk menjadi ajk yg tertinggi yg berdedikasi , bertanggungjawab dan lain2 yg sewaktu dengannya..

after da selesai kursus.. aq ngan member aq berkejar untuk ke tuiti0n.. disebabkn kursus tu.. terpaksa la p0nteng tuiti0n.. tp x pe.. sebab pd hari tu kami jugak blaja juga.. huu..

Friday, February 18, 2011

kisah terkurung di bangunan sk0la...

kisah nie pd aq mmg klaka.. aq dgn dua 0wg member aq mmg da panik mse tu.. yelah.. spe yg x kn panik ble da terkurung di bangunan sk0la.. mse tu p0wn ckgu ramai yg da balik.. tinggal kt0wg aje dlm bangunan uh..

pd hri tu.. aq dgn member aq plan nk stay back lps sk0la c0z nk siapkn hiasan kelas bagai.. nk siap en mse p&p mmg x larh.. sbb hri tu kt0wg ada exam intervensi.. huu.. cal0n spm la katakn.. 0k.. back t0 the st0ry.. mmg kt0wg dgn tekun menghias kelas.. bnde tu mmg lar kne siap en sgre c0z ckgu suruh dri blan januari tp blan februari bru nk gerak.. maafkn kami ckgu.. then.. lps da siap hias tu.. kt0wg p0wn survey lar kelas lain.. nk tg0k spe lg lawa.. ha3.. ternyata kelas aq mcm kelas dak kindergarden.. mmg klaka.. c0l0urful.. mmg klu ms0k kelas aq.. bak kata ckgu BI aq.. cerah mata.. mse survey tu.. ada lar stu kelas yg jd mgse dgn kt0wg.. c0nteng whiteb0ard la.. mmg agk evil kt0wg nieyh.. tp best 0wh wat kerja jht kdg2.. mse tga sy0k2 mnc0nteng uh.. tbe2 dgr gate dikunci.. mse uh mmg kt0wg blurr kejap.. yelah.. sbl0m nie.. x pena lg jd gitu.. aq p0wn tg0k jam.. pt0t la.. da pukul 4.30.. kt0wg terus lari ke kelas kt0wg amik beg dan turun.. huh.. mmg dua2 pintu tangga da kunci!!! mse uh mmg da cuak la.. berpeluh jgk sbb tk0t kne td0 kat sk0la hri tu.. slh s0wg kwn aq (kt0wg pggl penguin) pergi jerit panggil pak cik guard tu.. huu.. mmg dia nieyh ratu jerit.. hari2 kne dgr dia menjerit.. mgkn habitat semulajadi k0wt.. tp thanks t0 her.. pak cik tu mendengar jeritan dia.. mmg lega jew rasa.. mse tggu sementara pak cik guard bukak pagar.. tbe2.. pengetua lalu.. walaweh.. x balik lagi.. mmg pengetua yg berkaliber sgguh.. da dia da nmpk kt0wg terkurung.. mmg la akn menadah telinga mndgr ceramah tidak rasmi uh.. dan setelah mem0h0n maaf kepada pak cik guard kerana menyusahkn dia.. kt0wg tr0s balik.. huu.. semua muka lega aje.. kalau x.. mmg akn ada 0wg yg bercamping kat sk0la hari tu.. huu..

Sunday, December 12, 2010

cerpen ( x tau nak letak tajuk apa)

Natasya merenung ke luar tingkap biliknya.. memerhati keindahan ciptaan-Nya yang tiada tandingannya.. angin petang membelai lembut pipinya.. pokok yang menghijau seolah2 melambai kearahnya megikut aliran angin yang mendamaikan..
-----------------------------------------------------------------------------------

“ asya.. saya harap awak jangan tersalah anggap layanan saya terhadap awak selama ini.. saya hanya anggap awak, tidak lebih hanya sebagai seorang kawan..”

natasya hanya mampu berdiam diri.. menahan air matanya daripada gugur menyembah bumi.. kepalanya hanya dapat melihat rumput yang menghijau seolah2 terdapat beban di kepalanya.. hembusan angin petang di taman itu seolah2 mentertawakannya..

“saya harap awak faham.. saya hanya anggap awak seperti kawan2 perempuan yang lain..”

hazri menuju ke kereta satria neo yang menjadi kebanggaannya.. ‘engkau ni sama bodoh dengan perempuan lain.. aku ayat sikit dah cair.. bodohnya kau.. sebab kau hanya permainan aku.. hahahaha.. yang penting.. aku dapat RM500 sebab berjaya jatuhkan kau ke tangan aku.. hahahaha’ setelah menghidupkan enjin , kereta satria neo terus meninggalkan natasya yang masih berteleku di kerusi batu itu..
setelah hazri meninggalkannya, air matanya gugur menyembah bumi ibarat air terjun yang mengalir tanpa henti.. natasya menangis semahu-mahunya.. dia tidak peduli akan pandangan masyarakat yang lalu lalang disitu asalkan dia dapat meluahkan segala isi hatinya disitu..
------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------
“asya… asya… asya bangun”

natasya tersedar dari tidurnya.. matanya terasa perit.. kesan dari air matanya yang tidak henti2 mengalir setelah kejadian semalam..

“asya.. bangun.. subuh nak habis ni..” kak hani membelai lembut rambut natasya persis seorang ibu mengejutkan anaknya dari tidur..

Natasya bangun dari tidurnya lalu beredar ke bilik air untuk mengambil wudhu dan melemparkan senyuman tawar kepada kak hani, senior yang sebilik dengannya.. setelah selesai mengambil wudhu.. natasya menghamparkan sejadahnya untuk menunaikan solat subuh.. kak hani masih memerhatinya.. setelah selesai menemui Pencipta-Nya.. natasya meletakkan kelengkapan solatnya ditempat biasa.. natasya melihat kak hani masih setia duduk dikatilnya sambil tidak lepas memandang natasya..

“err.. kenapa akak asyik pandang saya dari tadi?” natasya duduk bersila diatas katilnya sambil menghadap kearah kak hani..

“asya.. kenapa dengan mata asya ni?? Asya menangis ke??” natasya menundukkan wajahnya..

“eh.. mana ada asya nangis akak.. asya biasa je..” kak hani memandangnya sayu..

“asya.. akak kenal asya bukan sehari dua..” natasya masih menundukkan wajahnya.. dia tidak mahu kak hani mengetahui apa yang tersirat di dalam hatinya..

“asya sayang.. kalau asya tak mahu cerita dengan akak.. tak pe.. akak faham.. kadang2 asya tidak mahu semua orang tahu apa yang tersirat di hati asya.. tapi.. kalau asya ada masalah.. jangan simpan dalam hati seorang diri.. nanti makan diri.. akak nak nasihatkan dekat adik akak ni supaya sentiasa berdoa kepada yang Maha Esa.. asya kan seorang yang kuat.. jangan lemahkan diri asya.. asya perlu kuat menghadapi segala2nya dengan tabah.. akak sayang adik akak ni”

kak hani memeluk natasya untuk memberikan sedikit semangat kepadanya.. natasya menangis tersedu sedan di bahu kak hani..‘terima kasih akak.. tapi.. maafkan asya.. asya tak mahu bebankan akak dalam masalah asya.. biarlah asya merawat hati asya kerana kebodohan asya sendiri..’

-------------------------------------------------------------------------------------

“ awak dengarlah cakap saya ni.. hazri tu sebenarnya jadikan awak sebagai pertaruhan dia je.. saya dengar segala-galanya dari mulut dia sendiri.. dengarlah cakap saya ni..” natasya masih berdiam diri setelah mendengar kata2 adam, kawan baiknya..

“adam.. asya tahu siapa hazri.. dia sayangkan saya.. takkan lah dia sanggup buat saya macam tu.. lagipun.. dia dah berjanji dengan saya.. dia akan menjadikan saya sebagai isterinya apabila saya habis pengajian nanti.. saya hargai awak sebagai sahabat saya.. tapi.. tolonglah jangan tuduh hazri macam tu.. awak tahukan apa akibatnya memfitnah??”

Natasya tetap mempertahankan hazri, kekasih hatinya yang dikasihinya sepenuh hatinya.. walaupun, sahabat baiknya yang lain sudah memperingatinya.. tapi dia percaya yang hazri tidak seburuk itu..

“asya..”

“sudahlah adam.. kalau awak masih sayangkan saya sebagai sahabat awak.. tolonglah.. saya minta tolong jangan masuk campur hal saya dengan hazri.. saya pergi dulu..” tanpa melengahkan masa, natasya mencapai beg dan buku-bukunya meninggalkan cafeteria..

“asya!!” adam menjerit memanggil natasya.. namun panggilan itu tidak diendahkan.. gadis itu berlalu tanpa menoleh kebelakang lagi..

‘asya.. sebenarnya.. saya sayang awak lebih dari seorang sahabat.. namun.. awak butakan mata awak dan melihat hazri itu yang hanya terbaik untuk awak padahal dia adalah racun untuk awak..’ adam masih berteleku di bangku cafeteria dan berharap agar gadis yang dikasihi itu tabah menghadapi sebarang kemungkinan bersama dengan hazri..

------------------------------------------------------------------------------------

‘huh.. adam.. apa yang awak tahu.. saya amat menyayangi hazri.. dia adalah segala-galanya bagi saya.. dialah cinta pertama saya.. awak takkan faham, adam..’

“hoi, perempuan!” langkah natasya menjadi perlahan apabila seseorang menjerkahnya..

“eh.. dah berapa kali aku cakap dekat kau.. kau ni tak faham bahasa melayu ke??” natasya masih terkebil-kebil apabila hana tiba2 menjerkahnya.. natasya hanya mendiamkan diri..

“kau ni bisu ke apa?? Huh.. kau ni memang suka buang masa aku.. kau dengar apa yang aku cakap ni baik2.. aku nak kau jauhkan diri dari hazri.. dia tu milik aku.. kau cermin lah diri kau tu.. layak ke kau nak bersama dengan hazri.. eh.. kau jangan mimpi la.. dia tu hanya nak main2 kan kau je..” hana menunjal-nunjal kepala natasya.. dia amat meluat akan natasya yang dianggap sebagai perampas hazri..

“kau ingat apa yang aku cakap ni.. kalau tidak.. siap kau..” hana menolak natasya sehingga natasya terduduk di koridor asramanya.. buku2 nya berselerakkan.. dia hanya dapat menangis disitu.. pelajar yang lalu lalang di situ hanya memandangnya..

“asya.. kenapa ni??” aslinda mengutip semua buku2 natasya yang berselerakkan tadi..

“asya.. jom balik ke bilik kau..” natasya hanya mengikuti langkah linda yang menuju ke biliknya.. dia hanya dapat menunudukkan wajahnya kerana malu akan drama sebabaknya dengan hana tadi..

“asya.. aku dah cakap.. kau tinggalkan je hazri tu.. dia bukannya yang terbaik untuk kau.. dah berapa kali aku cakap.. kenapa kau degil sangat?”
Aslinda berasa amat bengang terhadap kawannya ini.. dia tidak tahu bagaimana hendak menyakinkan natasya yang hazri itu bukanlah lelaki yang baik.. namun atas nama sahabat.. dia tetap bersabar.. dia tak mahu sahabatnya ini kecewa suatu hari nanti..

“lin, kau takkan faham.. aku sayang sangat dekat hazri.. dia dah berjanji dengan aku yang dia akan kahwin dengan aku.. dia tak sayangkan hana seperti dia sayang aku.. kenapa semua orang tak faham aku?” linangan air mata membasahi pipi natasya.. dia berasa amat pilu dan sedih ketika ini..

“aku tak faham?? Sebenarnya kau yang tak faham dengan diri kau sendiri.. mana perginya diri kau yang aku kenal sejak dibangku sekolah lagi.. aku seolah-olah tak kenal lagi sahabat baik aku yang aku kenali selama ini.. kau dah berubah, natasya.. kau berubah kerana seorang lelaki yang belum tentu mencintai kau.. aku tak kenal lagi natasya yang pernah aku kenal dulu.. kau dah berubah..”

aslinda beredar dari bilik itu lalu menghempas pintu bilik itu dengan kasar.. natasya hanya menangis terinjut-injut.. semua sahabat2 nya menjauhkan diri darinya setelah segala nasihat yang diberikan kepada dirinya hanya bagai mencurah air ke daun keladi.. namun cintanya terhadap hazri mengatasi segala2nya..

-------------------------------------------------------------------------------------

“sayang, kenapa ni?? U nangis ke??” hazri dihujung talian masih menunggu butir bicara daripada natasya yang masih membisu..

‘hish.. perempuan ni suka buang masa aku lah.. setakat kau nak bisu sampai esok pagi.. baik aku letak je..’

“sayang?? Are u there?? Hello??” hazri berkira2 mahu meletakkan ganggang telefonnya, natasya bersuara..

“yeah.. im here.. honey.. u tahu tak?? Semua kawan2 I memburukkan u.. diorang kata u hanya main2kan I je.. u sayang I kan??”

“sayang… I love u so much, my dear.. u lah satu2 nya dihati i.. u pun sendiri tahu kan.. lepas u convo je.. I akan melamar u as my wife.. u ingat kan??” natasya hanya senyum senang hati.. hatinya berbunga2 riang selepas mendengar pengakuan dari hazri..

“I love u too, honey.. u janji kan??”

“yes, my darling.. I swear.. u tak payah la dengar cakap2 kawan u tu.. diorang sebenarnya dengkikan u.. u are the only sunshine in my life..”

semangat natasya yang hampir hilang akibat dipulaukan oleh sahabatnya pulih dalam sekelip mata.. biarlah dia kehilangan sahabatnya asalkan dia tetap berada di samping hazri yang sering membuaikan perasaannya.. dia tidak mahu kehilangan hazri yang dicintainya sepenuh hati..

-------------------------------------------------------------------------------------

“hoi, bro!” hazri yang sedang leka melihat gelagat2 manusia dalam kelab malam itu tersentak akibat tepukan dibahunya..

“hoi.. ish.. korang ni.. nasib baik aku tak mati sakit jantung dekat sini” hazri menyatakan perasaan tidak puas hatinya kepada Daniel dan Zachary apabila disergah begitu..

“ala.. relaks la bro..” ujar Daniel sambil menepuk bahu hazri..

“apa lah kau Daniel.. kalau dia mati.. siapa nak kahwin dengan natasya nanti..” Zachary dan Daniel ketawa berdekah2 apabila kenyataan sebegitu keluar dari mulut Zachary..

“kalau aku masih hidup pun.. aku tak mahu lah kahwin dengan dia.. dia tu cuma anak patung aku je..” kali ini hazri turut sama ketawa bersama Daniel dan Zachary..

“macamana kau dengan budak tu?? Gerenti ke kau boleh menang ni?? Kau ingat.. kau cuma tinggal seminggu je sebelum kau kecewakan budak tu..” pertanyaan Zachary membuatkan hazri berhenti dari ketawanya..

“eh, bro.. aq gerenti menang lah.. ni hazri la.. tak pernah kalah.. budak tu senang je jatuh ke tangan aku.. kacang je.. tapi.. korang kena tepati janjilah.. nanti RM 500.. aku punya..” hazri menyambung semula ketawanya..

“no problem la bro.. eh.. Zachary.. isha dengan elda lah.. jom2.. hazri.. gua chow dulu..” Daniel beredar setelah terlihat isha dan elda melintasi depannya..

“good luck bro.. aku chow dulu..” Zachary mengikuti langkah Daniel dan meninggalkan hazri keseorangan ..

Air syaitan dihadapannya diteguk rakus.. air itu seolah2 memberi ketenangan kepada hazri.. tiba2.. ingatannya terfikirkan natasya.. dia mengakui yang dia juga menyimpan perasaan kepada natasya namun ditepis perasaan itu.. akibat dendamnya terhadap mamanya yang telah meninggalkannya bersama papa dan abangnya ketika dia masih berusia 3 tahun.. mamanya meninggalkannya kerana mengikut lelaki lain yang lebih berharta ketika papanya mempunyai masalah kewangan ketika itu..

‘argh.. semua perempuan sama je.. semuanya dekat dengan aku kerana harta.. kerana harta..’ air dihadapannya diteguk lagi buat sekian kali..

“sayang..” tiba2 pinggang hazri dirangkul dari belakang..

“jom kita dance” hazri bangun mengikut langkah hani ke tengah pentas menari dan menari bagaikan dunia ini miliknya dan seolah masa itu berhenti..

-------------------------------------------------------------------------------------

Natasya berjalan menyusuri kedai2 di Jusco.. dia berasa amat tenang kerana telah habis menjawab kertas peperiksaan yang terakhir untuk semester yang terakhir.. selepas ini dia akan melangkah ke alam pekerjaan.. sungguh cepat masa berlalu.. tiba2.. dia teringatkan hazri.. hazri yang amat dicintai dahulu.. dia teringatkan janji2 manis hazri.. namun segala2nya telah berakhir 6 bulan yang lalu.. dia hanya pasrah.. namun dia tidak pernah membenci hazri.. dia masih memaafkan hazri dan berdoa agar dia kembali ke pangkal jalan..

dia melangkah kearah taman yang terdapat di luar pusat membeli belah itu.. dia ingin menikmati udara segar setelah penat menjelajah ke dalam pusat membeli belah itu.. tiba2 matanya terpandang akan figura manusia yang tidak asing dari penglihatannya.. hazri bersama perempuan yang berpakaian agak terdedah itu hanya di pandang sepi.. dia malas untuk melemahkan hatinya buat sekian kalinya..

“aduhai.. asya.. penat aku cari kau.. dekat sini rupanya..” aslinda datang menghampiri natasya lalu duduk di sebelahnya..

“mana adam?? Kau bukan dengan dia ke tadi??” natasya mencari2 adam.. aslinda hanya tersenyum simpul melihat temannya ini..

“alah.. kau ni.. takkan tak jumpa dia seminit.. dah tercari2?? Hehehehe..”
aslinda hanya ketawa melihat perubahan muka natasya yang sudah kemerahan.. dia tahu yang adam amat menyayangi sahabatnya ini.. aslinda amat terkilan kerana aslinda turut menaruh hati kepada adam .. namun atas kerana sahabat.. dia sanggup melepaskan adam kepada natasya.. dia tak mahu melihat sahabatnya ini kecewa lagi setelah kecewa dengan hazri..

“asya.. kau suka adam ke??”

aslinda cuba untuk menebak perasaan sahabatnya ini.. natasya hanya berdiam diri.. natasya perlu memberi jawapan kepada adam tentang perasaan adam terhadapnya.. dia mengakui.. adam amat mengambil berat terhadapnya.. adam lah yang telah memberikan semangat terhadapnya ketika dia kecewa bersama hazri dulu.. dia merasakan hatinya amat tertarik kepada adam.. namun.. dia perlukan masa.. tapi.. dia juga tidak menafikan yang dia juga mempunyai perasaan terhadap adam..

-------------------------------------------------------------------------------------

lamunan natasya terhenti apabila terdengar tangisan bayi.. dia menuju ke katil bayi untuk menghentikan tangisan bayinya..

“ala sayang mama ni.. kenapa sayang?? Dah2.. jangan nangis ye sayang.. anak mama ni kan baik..” dia mengendong alisya sambil menepuk2 lembut.. natasya melihat jam di dinding.. 5.33 petang..

“patutlah anak mama ni menangis.. rupa2nya lapar ye.. ok2 sayang..” natasya duduk di sofa di dalam biliknya untuk menyusukan alisya..

Dia mengusap pipi alisya dengan lembut.. wajahnya mirip papanya, adam.. lelaki yang telah dikahwininya setahun yang lalu.. dia tidak menyangka yang dia telah berkahwin dengan sahabat baiknya yang selalu menemaninya ketika susah dan senang.. namun dia juga amat berterima kasih kepada Allah yang telah memberikannya seorang suami yang baik.. dia juga bersyukur kerana mempunyai sahabat seperti aslinda.. aslinda yang menyakinkan dia untuk memilih adam.. aslinda kini sedang menyambung pengajiannya ke peringkat yang lebih tinggi di Kanada.. dia amat merindui temannya itu yang kini berhubung melalui e-mail.. dia juga bakal melangsungkan perkahwinan dengan seorang rakyat malaysia yang dikenalinya di Kanada.. tiba2 fikirannya teringatkan hazri.. terakhir kali dia berjumpa dengan hazri ketika majlis akad nikahnya.. selepas itu, dia tidak pernah lagi berjumpa dengan hazri.. adam memberitahu bahawa hazri kini menetap di Australia untuk mengembangkan perniagaan keluarganya.. dia juga mendengar khabar bahawa dia akan berkahwin dengan rakyat Australia.. natasya hanya mendoakan agar hazri berbahagia sehingga akhir hayatnya..

“alisya!!” lamunannya mati apabila terdengar suara adam..

“shush.. alisya baru je tidur..” adam hanya tersengih..

“yelah mama.. rindunya kat alisya..” pipi alisya yang montel itu diciumnya..

“dekat mama dia tak rindu ke??”

“rindu a lot la..” pipi natasya pula diciumnya..

“ish.. pergilah mandi dulu.. busuk lah..” natasya menutup hidungnya..

“yelah.. papa pergi mandi dulu..” adam berlalu dari sofa dengan sengihan dan
mencapai tuala di penyangkut tuala lalu beredar ke bilik air..

Natasya hanya mengeleng2 melihat gelagat suaminya itu.. dia meletakkan alisya di katil bayinya.. dia berasa amat bahagia bila melihat wajah puterinya itu.. dia turut berdoa dalam hatinya supaya kebahagian ini berkekalan sampai bila2 sehingga hembusan nafasnya yang terakhir…

-------------------------------------------------------------------TAMAT--------------------------------------------------------------